Wednesday, 4 July 2012

Kata Kerja

Kata kerja atau Kalimah F’il terbagi tiga:
1. Fi’il Madhi – Kata kerja Yang lalu

Kata kerja menunjukkan kejadian bentuk lampau, yang telah terjadi sebelum masa berbicara. Seperti :

قَرَأَ“Telah membaca”.

Tanda-tandanya adalah dapat menerima Ta’ Fa’il dan Ta’ Ta’nits Sakinah. Seperti :

قَرَأْتُ = “Aku telah membaca” dan

قَرَاَتْ = “Dia (seorang perempuan) telah membaca”.

2. Fi’il Mudhori’ – Kata kerja bentuk sedang atau akan:

Kata kerja menunjukkan kejadian sesuatu pada saat berbicara atau setelahnya, pantas digunakan untuk kejadian saat berlangsung atau akan berlangsung.
Dapat dipastikan kejadian itu terjadi saat berlangsung dengan dimasukkannya Lam Taukid dan Ma Nafi. Seperti:

قَالَ إِنِّي لَيَحْزُنُنِي أَنْ تَذْهَبُوا بِهِ
berkata Ya’qub: “Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku…

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ…
Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati…

Dapat dipastikan kejadian itu terjadi akan berlangsung dengan dimasukkannya :

س, سوف, لن, أن, ان.

Seperti:
سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ
Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.

وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى
Dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).

قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَن تَرَانِي
Berkatalah Musa: “Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau.” Tuhan berfirman: “Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku

وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

وَإِن يَتَفَرَّقَا يُغْنِ اللَّهُ كُلاًّ مِّن سَعَتِهِ
Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masingnya dari limpahan karunia-Nya.

Tanda-tanda Fi’il Mudhori’ adalah:  لَمْ
seperti contoh:
لَمْ يَقْرَأْ
artinya: tidak membaca.

Ciri-ciri Kalimah Fi’il Mudhari’ adalah dimulai dengan huruf Mudhoro’ah yang empat yaitu أ – ن – ي – ت disingkat menjadi أنيت.

Huruf Mudhara’ah Hamzah dipakai untuk Mutakallim/pembicara/orang pertama tunggal/Aku. contoh



أضرب = aku akan memukul



Huruf Mudhara’ah Nun dipakai untuk Mutakallim Ma’al Ghair/pembicara/orang pertama jamak/Kami. contoh



نــضرب = kami akan memukul



Huruf Mudhara’ah Ya’ dipakai untuk Ghaib Mudzakkar/orang ketiga male, tunggal, dual atau jamak/dia atau mereka. contoh



يــضرب = dia (p) akan memukul



يــضربان = dia berdua (lk-pr) akan memukul



يــضربون = mereka (lk) akan memukul



يــضربنYADHRIBNA = mereka (pr) akan memukul



Huruf Mudhara’ah Ta’ dipakai untuk Mukhatab secara Mutlaq/orang kedua male atau female, juga dipakai untuk orang ketiga female tunggal dan dual. contoh



تــضرب = kamu (lk)/dia (pr) akan memukul



تــضربا= kamu berdua (lk-pr)/dia berdua (pr) akan memukul



تــضربون = kamu sekalian (lk) akan memukul



تــضربينT = kamu (pr) akan memukul



تــضربن = kamu sekalian (pr) akan memukul



3. Fi’il Amar – Kata kerja bentuk perintah :



Kata kerja untuk memerintah atau mengharap sesuatu yang dihasilkan setelah masa berbicara. contoh:



اقْرأْ = bacalah.



Tanda-tandanya adalah dapat menerima Nun Taukid beserta menunjukkan perintah. contoh



اقْرَأَنَّ= sungguh bacalah.

Friday, 4 November 2011

TATA BAHASA ARAB - PELAJARAN 07




... نَكِرَة - مَعْرِفَة



NAKIRAH (Sebarang) - MA'RIFAH (Tertentu)



Menurut penunjukannya, Isim dapat dibagi dua:



1) ISIM NAKIRAH atau kata benda sebarang atau tak dikenal (tak tentu).



2) ISIM MA'RIFAH atau kata benda dikenal (tertentu).



Isim Nakirah merupakan bentuk asal dari setiap Isim, biasanya ditandai dengan huruf akhirnya yang bertanwin ( ً ٍ ٌ = an ,in, un ). Sedangkan Isim Ma'rifah biasanya ditandai dengan huruf Alif-Lam ( ال = al) di awalnya.



Contoh Isim Nakirah: بَيْتٌ (= sebuah rumah), وَلَدٌ (= seorang anak)



Contoh Isim Ma'rifah: اَلْبَيْتُ (= rumah itu), اَلْوَلَدُ (= anak itu)



Coba bandingkan dan perhatikan perbedaan makna dan fungsi antara Isim Nakirah dan Isim Ma'rifah dalam dua buah kalimat di bawah ini:



ذَلِكَ بَيْتٌ. اَلْبَيْتُ كَبِيْرٌ.

= Itu sebuah rumah. Rumah itu baru.



جَاءَ وَلَدٌ. اَلْوَلَدُ مُؤَدِّبٌ.

= Datang seorang anak. Anak itu sopan.



Selain Isim yang berawalan Alif-Lam, yang juga termasuk Isim Ma'rifah adalah:



1. ISIM 'ALAM (Nama). Semua Isim 'Alam termasuk Isim Ma'rifah, meskipun diantara Isim 'Alam tersebut ada yang huruf akhirnya bertanwin.



Contoh: أَحْمَدُ (= Ahmad), عَلِيٌّ (= Ali), مَكَّةُ (= Makkah)



2. ISIM DHAMIR (Kata Ganti). Yaitu kata yang mewakili atau menggantikan penyebutan sesuatu atau seseorang atau sekelompok benda/orang.



Contoh: أَنَا (= aku, saya), نَحْنُ (= kami, kita), هُوَ (= ia, dia)



Isim Dhamir ini kelak akan dibahas tersendiri secara terinci.

Monday, 9 May 2011

Merungkai Persoalan Mengenai Masjid Dan Surau

Para ulama’ telah Mentakrifkan Masjid dan Surau seperti berikut :



MASJID :Asal dari perkataan Sujud ialah satu tempat solat tertentu yang bukan menjadi milik orang-perseorangan, ataupun milik sesebuah organisasi, yakni ianya merupakan satu tempat yang sudah pun diwaqafkan untuk dijadikan tempat solat awam.




SURAU: Ianya hanya terdapat Di Malaysia dan tiada di dalam istilah Bahasa Arab .Fungsi sama seperti masjid dimana ianya diwaqafkan untuk kegunaan masyarakat awam, tetapi perbezaannya dengan masjid ialah tidak didirikan Solat Jumaat .Oleh itu, ianya perlulah difahami menurut ‘uruf ( kebiasaan ) masyarakat kita. Apatalah lagi ‘uruf ini juga merupakan salah-satu daripada sumber-sumber perundangan Islam.Merujuk kepada ‘uruf yang berlaku di kalangan masyarakat kita , maka sebahagian besar Ulamak telah menyatakan SURAU Bukanlah Masjid.




Namun begitu, terdapat khilaf dikalangan ulama’ dengan hujah : Surau dan masjid itu kedua-duanya adalah tempat umum yang diwakafkan untuk didirikan solat berjemaah .
Sebahagian Ulamak menyatakan status masjid dan surau bergantung pada niat asal untuk didirikan bangunan itu,Sekiranya penderma mewaqafkan untuk dijadikan masjid maka jadilah masjid dan terikat dengan hukum-hukum yang berkaitan dengan sebuah masjid. Jika diniatkan sebagai surau, maka jadilah ia surau dan ia tidak terikat dengan hukum sebuah masjid. Atas asas ini, apabila sesuatu binaan itu diniatkan sebagai masjid, maka kekallah statusnya sebagai masjid walaupun tidak didirikan jumaat.Untuk makluman di negara-negara Arab, terdapat masjid-masjid yang tidak didirikan solat jumaat.




Persoalan Mengerjakan Solat Tahiyatul Masjid ketika memasuki Surau ?
Pada hemat saya. Cara yang paling bijak apabila kita masuk ke surau sebaiknya kita berwuduk terlebih dahulu kemudian dirikan solat wuduk
kerana sumber solat sunat wuduk jelas dan kita yakin dengan keikhlasan hati mudahan Allah akan tetap memberi ganjaran setimpal.Begitu juga dengan amalan lain apa guna membesarkan isu khilaf yang sepatutnya kita jadikan sebagai rukysah(kemudahan) dalam mendekatkan diri kepada Allah.
Dalam hadis riwayat al-Bukhari 4/428 [no 1149]dan Muslim 16/141 [no 6478] :
Maksudnya : “Rasulullah s.a.w bersabda kepada Bilal ketika solat Subuh : Wahai Bilal, ceritakan kepadaku dengan amalan paling baik engkau lakukan disisimu dalam Islam, Sesungguhnya aku mendengar bunyi hentakan seliparmu di hadapanku dalam Syurga. Jawab Bilal : Aku tidak melakukan sebarang amalan yang paling aku harapkan disisiku, aku tidak bersuci (berwuduk) pada satu-satu masa waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wuduk tersebut, dengan apa yang tidak diwajibkan bagiku untuk solat”
Imam Nawawi menjelaskan :
“Solat yang paling afdal selepas sunat rawatib dan tarawih ialah solat dhuha, kemudian apa yang berkaitan dengan sesuatu perbuatan seperti dua rakaat tawaf jika kita tidak berpendapat mewajibkannya, dua rakaat ihram, tahiyyat masjid dan kemudian sunat wuduk” [al-Majmuk jil.4, hlm. 26]


Kesimpulannya mendalami ilmu adalah wajib keatas setiap individu muslim .Dimana ilmu akan menyelamatkan dari kejahilan dan menerangi hati dari zulmat(gelap) bila ia diamalkan .Manakala Kebijaksanaan berfikir akan menyelamatkan diri terjebak dari ketaksuban kepada sesuatu pendapat seterusnya membina kekuatan ummah.

Friday, 7 January 2011

Solatku ?



Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,

"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1) Bertaubat

2) Menyesali dosa yang telah dilakukan

3) Tidak tergila-gilakan dunia

4) Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

5) Tinggalkan sifat berbangga

6) Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7) Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.Aku sedang berhadapan dengan Allah,

2..Syurga di sebelah kananku,

3.Neraka di sebelah kiriku,

4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5.Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"...Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun..."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Saturday, 27 November 2010


Oleh: bukitkeplu


" Dari Abu Umamah Al Bahili dari Rasulullah Shallallahu'alaihiWasallam bersabda: “Sungguh ikatan Islam akan terurai simpul demi simpul. Setiap satu simpul terurai maka manusia akan bergantungan pada simpul berikutnya. Yang pertama kali terurai adalah masalah hukum dan yang paling akhir adalah solat." (ref :Ahmad -21139)


Saudaraku,

Rasulullah SAW memperingatkan kita bahwa pasti akan berlaku diakhir zaman proses keruntuhan Umat Islam bermula dengan meninggalkan aspek hukum Islam atau hukum Allah sehingalah diabaikannya kewajiban menegakkan solat. Padahal kita menyaksikan dewasa ini bahwa kedua sempadan tersebut jelas telah diremehkan oleh majoriti ummat Islam.

Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Siapa yang meninggalkan syari’at yang diturunkan kepada Muhammad Ibnu Abdillah Shallallahu'alaihiWasallam penutup para nabi, malah ia cenderung kepada yang lainnya berupa hukum-hukum (Allah) maka dia kafir. Maka apa gerangan dengan orang yang berhukum kepada Ilyasa dan lebih mengedepankannya atas hukum Allah? Siapa yang melakukannya maka dia kafir dengan ijma kaum muslimin”. [ref :Al Bidayah Wan Nihayah: 13/119].

Lalu Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan lebih lanjut tentang tentang Kitab Yasiq/Ilyasa: “Ia adalah kitab undang-undang hukum yang dia (Raja Tartar, Jengis Khan) dicedok dari berbagai sumber; dari Yahudi, Nashrani, Millah Islamiyyah, dan yang lainnya, serta di dalamnya banyak hukum yang dia ambil dari pandangan dan keinginannya, lalu (kitab) itu bagi keturunannya menjadi aturan yang diikuti yang lebih mereka kedepankan dari pada al hukmu bi Kitabillah wa sunnati Rasulillah shalallahu ‘alaihi wasallam (berhukum kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam). Siapa yang melakukan itu, maka wajib diperangi hingga kembali kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, selainnya tidak boleh dijadikan acuan hukum dalam hal sedikit atau banyak”.

Saudaraku,

Berhubung dengan solat, Nabi Shallallahu'alaihiWasallam sangat menganjurkan agar kaum muslimin lelaki sedapat mungkin menegakkan solat lima waktu secara berjamaah di masjid kecuali jika ada uzur syar’i. Dan mereka yang tanpa uzur syarie meninggalkan solat berjamaah ke masjid dikaitkan dengan penyakit kemunafikan. Di antaranya kita dapati hadits berikut:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَإِنَّ أَثْقَلَ صَلَاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَصَلَاةُ الْعِشَاءِ وَصَلَاةُ الْفَجْرِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَالَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًاوَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّلَاةِفَتُقَامَ ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيُصَلِّيَ بِالنَّاسِثُمَّ أَنْطَلِقَ مَعِي بِرِجَالٍ مَعَهُمْ حُزَمٌ مِنْ حَطَبٍ إِلَى قَوْمٍلَا يَشْهَدُونَ الصَّلَاةَ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ بِالنَّارِ

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Solat yang dirasakan berat bagi orang-orang munafik adalah shalat isya` dan shalat subuh, sekiranya mereka mengetahui keutamaannya, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Sungguh aku berkeinginan untuk menyuruh seseorang sehingga shalat didirikan, kemudian kusuruh seseorang dan ia mengimami manusia, lalu aku bersama beberapa orang membawa kayu bakar untuk menjumpai suatu kaum yang tidak menghadiri solat, lantas aku bakar rumah mereka." (Ref Muslim : 1041)

Saudaraku,

Hadist ini dengan jelas mengambarkan betapa keras amaran Nabi shallallahu 'alaihi wasallam agar setiap muslim menghadiri solat berjamaah di masjid. Bahkan beliau mengancam akan membakar rumah-rumah mereka yang sengaja tidak menghadiri solat berjamaah di masjid. Dan lebih daripada itu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menggambarkan bahwa mereka yang enggan sholat berjamaah di masjid merupakan golongan munafik.

Tidak hairanlah bilamana sahabat Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ’anhu sampai menyampaikan pendapat sebagai berikut:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُعَنْهَا إِلَّا مُنَافِقٌ مَعْلُومُ النِّفَاقِ Dari Abdullah bin Mas’ud ia berkata: "Menurut pendapat kami, tidaklah seseorang ketinggalan dari solat (berjamaah di masjid), melainkan dia seorang munafik yang jelas kemunafikannya (munafik tulen)." (ref : Muslim:1046)

Hari ini masjid dan surau tesergam indah disegenap pelusuk di bumi Malaysia namun hanya sebahagian kecil dikalangan kita hadir berjemaah dalam solat lima waktu.Persoalnnya adakah begitu banyak golongan munafik di kalangan umat islam hari ini ? Natijah dari itu maka tidak hairanlah majoriti Umat islam sendiri tidak yakin dengan Hukum Allah bahkan ada yang menolakknyadengan pelbagai alasan . Ini betepatan dengan Firman Allah telah menegaskan bahwa golongan yang paling keras menolak kembali kepada hukum Allah ialah kaum munafik. Wa na’udzubillah min dzaalika.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِرَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا

“Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.” (QS An-Nisa 61)

Kesimpulannya Menegakkan Daulah Islam ( Hukum Allah ) adalah satu kewajipan yang tidak dapat direalisasikan dikalangan majoriti umat Islam yang masih dibelenggu sifat munafik.Meremehkan ikatan islam pasti akan mengundang kemurkaan Allah.Jadi Bersamalah kita mengajak diri kita dan saudara-saudara kita menegakkan solat dengan sempurna kerana ia adalah perintis kearah menegakkan Daulah Islam .

Wednesday, 1 September 2010

Teks Tazkirah Ramadhan

Oleh : BukitKeplu

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran." ( Surah Al-Asr )

Saudaraku,

Syeikhul Islam ibn qayyim Aljawziyyah dlm kitab "Miftah dar as-Sa'ada" yang bermaksud Kunci kepada kegembiraan mengatakan bahawa dalam surah ini terdapat empat peringkat yang mana jika seseorang boleh mencapai keempat-empat tingkat ini, seseorang itu akan dapat mencapai kesempurnaan (insan kamil) dalam hidup.

Yang pertama adalah: Mengetahui Kebenaran.
Yang kedua: Apa yang dilakukan, merupakan reflek kepada kebenaran tersebut.
Yang ketiga: Mengajar orang lain yang tidak mengetahui kebenaran.
Yang keempat: Bersabar untuk belajar berkenaan dengan kebenaran dan bertindak berdasarkannya dan mengajarkannya.

Imam Hassan Al-Banna Berpesan

Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya “


Daripada Anas bin Malik r.a. berkata : Rasulullah saw bersabda :” Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api.” (Hadith riwayat Tirmizi) Imam Karmani diangkat keberkatan masa.

Syadina Ali Berkata “ Manusia ini tidur bila sakarat datang ia terjaga “

Abu Umamah Nabi memberitakan khabar gembira lain yang maksudnya: " Dan tuhanku telah menjanjikan kepadaku bahawa akan dimasukkan ke dalam syurga dikalangan umatku 70,000 orang tanpa hisab dan tanpa azab, bersama setiap 1000 orang terdapat 70,000 orang yang lain dan tiga hathayat"- hadis riwayat Tirmizi & Ibnu Majah. Imam Tirmizi berkata; "Hadis ini adalah Hasan lagi Gharib.

Saudara ku,

Masa adalah amat penting bagi kita kerana persingahan kita didunia ini hanya sebagai musafir sahaja .Mengikut

Waliyullah Imam AlHabib Haddad Kita akan mengalami 5 masa iaitu :

Masa dalam perut ibu

Masa Hidup Didunia

Masa Alam Barzah

Masa Dibangkitkan dari Alam Kubur ( Hisab )

Masa Kita kekal selamanya ( Syurga atau Neraka )

Saudaraku,

Setelah alam ini mengalami kiamat besar maka manusia akan dibangkitkan dan dikumpulkan di Padang Mahsyar. Kemudian seluruh manusia yang begitu banyaknya itu dibariskan oleh Allah dalam 120 barisan untuk menjalani perhitungan dan pembalasan akhirat. Siapa yang beriman layak mendapatkan syurga dan siapa yang kafir dibalas dengan neraka.Mungkin muncul pertanyaan di dalam fikiran kita, di antara 120 barisan itu berapa banyakkah manusia yang mati dalam keadaan beriman? Sebab di dalam Al Quran, Allah SWT menjelaskan:

“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (QS Saba’ 13)

Sebenarnya, hanya tiga saf saja di antara sekian banyaknya manusia yang mati dalam keadaan beriman. Sementara 117 saf yang lain itu adalah terdiri dari orang-orang kafir dan mereka kekal di dalam neraka. Jelaslah bahwa hanya tiga saf saja yang membawa iman, sementara yang lainnya itu matinya dalam keadaan kafir dan menyekutukan Allah SWT.

Kemudian di antara tiga saf yang beriman ini, karena iman manusia tidak sama satu sama lain, maka Allah akan membagi mereka menjadi empat. Jadi di akhirat nanti orang-orang yang beriman terbagi dalam empat golongan, yaitu:

1. Golongan ‘Bi Ghairi Hisab’ (golongan yang tidak dikenakan hisab atau perhitungan amal)
2. Golongan ‘Ashabul Yamin’ (golongan yang menerima hasil perhitungan amal di tangan kanan)
3. Golongan ‘Ashabus Syimal’ (golongan yang menerima hasil perhitungan amal di tangan kiri)
4. Golongan ‘Ashabul A’raf’ (golongan yang berada di antara syurga dan neraka)

Golongan ‘Bi Ghairi Hisab‘ adalah terdiri dari para Nabi dan Rasul serta Auliya Allah (para wali atau kekasih Allah). Auliya Allah adalah mereka yang memang bersungguh-sungguh menjaga setiap perintah dan larangan dari Allah. Mereka sangat menjaga hal yang wajib serta sunat dan bersungguh-sungguh meninggalkan hal yang haram. Bahkan hal yang makruh pun mereka tinggalkan. Mereka juga orang-orang yang paling sabar dan senantiasa redha terhadap apa saja terjadi kepada mereka. Hati mereka senantiasa berprasangka baik kepada Allah atas apa saja kesulitan yang menimpa mereka.

Selain dari itu, mereka yang termasuk dalam golongan ‘Bi Ghairi Hisab’ ini adalah para syuhada atau orang-orang yang mati syahid. Mereka adalah orang-orang Muqarrabin yang artinya orang yang terlalu dekat (akrab) dengan Allah SWT karena pengorbanan mereka dalam menegakkan agama Allah. Bahkan mereka sanggup mengorbankan nyawa semata-mata untuk mempertahankan agama Allah. Oleh karena itu, tidak mengherankan jika mereka mendapat kedudukan yang begitu tinggi di sisi Allah SWT.

Orang yang sangat sabar juga termasuk dalam golongan ‘Bi Ghairi hisab’. Sabar terbagi menjadi tiga bagian, yaitu:

1. Sabar melaksanakan perintah dari Allah
2. Sabar menjauhi larangan dari Allah
3. Sabar menghadapi segala ujian dari Allah

Sabar dalam melaksanakan perintah Allah bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Termasuk sabar dalam melaksanakan perintah Allah adalah sabar mengerjakan shalat, berpuasa, berjuang, dan sebagainya. Semua itu tentu bukan hal yang mudah untuk dilaksanakan. Sekiranya kita berhasil sabar dalam melaksanakan perintah dari Allah SWT, maka yang lebih sulit lagi adalah sabar dalam menjauhi larangan dari Allah. Misalnya bersabar dalam menjauhi larangan Allah terhadap maksiat pandangan mata.

Setelah kita bersabar terhadap segala larangan Allah, maka yang lebih sulit lagi bagi kita adalah untuk sabar menerima ujian dari Allah. Kita dituntut untuk bersabar terhadap ujian-ujian dari Allah SWT kepada manusia seperti sakit, kemiskinan, fitnah, kematian anak, isteri, ayah, ibu dan seterusnya. Semua itu adalah ujian yang Allah datangkan kepada manusia untuk menguji manusia, siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya di sisi Allah.

Kita selayaknya bersabar dan redha terhadap ujian-ujian tersebut karena ujian yang Allah datangkan kepada kita hakekatnya adalah untuk didikan langsung dari Allah kepada hamba-Nya. Kebanyakan manusia mendapat didikan dari Allah melalui manusia yang lain secara lahiriah. Namun melalui ujian-ujian yang menimpa manusia, sebenarnya manusia sedang mendapat didikan secara langsung dari Allah SWT.

Oleh karena itu, kita sebagai hamba-Nya sepatutnya bersabar dan redha. Sebagaimana yang kita tahu bahwa ujian-ujian yang datang dari Allah, sekiranya kita bersabar, hal itu sebenarnya adalah kasih sayang Allah kepada hambanya. Hal itu merupakan penghapusan dosa dari Allah dan juga merupakan peningkatan derajat dan pangkat yang akan dianugerahkan bagi manusia yang mau menerima didikan secara langsung dari Allah SWT.

Seringkali manusia hanya mengharapkan didikan melalui manusia yang lain seperti dari guru, ustadz, alim ulama dan sebagainya. Kebanyakan manusia memang tidak menginginkan sama sekali untuk mendapatkan didikan langsung dari Allah ini karena tidak dapat bersabar dan redha menghadapinya. Namun harus diingat, seandainya manusia tidak berhasil dalam menerima didikan secara langsung dari Allah, maka janganlah terlalu diharapkan manusia itu berhasil dalam menerima didikan dari manusia yang lain.

Kita mengetahui betapa beratnya ujian yang menimpa para nabi dan rasul. Sebenarnya itulah didikan secara langsung dari Allah kepada mereka. Tidak mengherankan jika iman para nabi dan rasul sedemikian kuatnya sebab mereka menerima didikan atau pimpinan secara langsung dari Allah SWT.

Tentu ini jauh berbeda kebanyakan manusia yang justru tidak senang apabila menerima ujian dari Allah padahal itu merupakan didikan secara langsung dari Allah SWT. Seandainya kita berhasil menghadapi itu semua, maka kita akan termasuk dalam golongan ‘Bi ghairi hisab’ di akhirat kelak.

Kemudian termasuk juga dalam golongan ini juga adalah orang fakir yang sangggup bersabar dengan kefakirannya. Walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa pun harta benda di dunia. Apa yang ada pada mereka hanyalah pakaian dipakai. Oleh karena, itu mereka tidak di-hisab di akhirat kelak. Bagaimana mungkin mereka akan di-hisab sementara apa yang ada pada diri mereka hanyalah pakaian yang melekat di badan.

Selanjutnya yang juga termasuk dalam golongan ‘Bi Ghairi Hisab’ ini ialah orang ahli makrifat. Yaitu orang yang begitu kenal dengan Allah SWT. Oleh karena itu, hati mereka senantiasa ingat kepada Allah. Hatinya juga setiap saat merasakan kehebatan, kebesaran dan keagungan Allah. Begitu juga, hatinya setiap saat senantiasa merasa rindu kepada Allah SWT.

Apabila kita membandingkan mereka dengan kebanyakan manusia, terasa jauh sekali perbedaannya. Mereka adalah orang yang senantiasa mengingat Allah, sedangkan kita senantiasa lalai dan durhaka kepada Allah. Tentu bukan suatu hal yang mudah untuk dapat senantiasa ingat kepada Allah SWT. Sedangkan dalam ibadah sholat yang diperintahkan oleh Allah untuk mengingat-Nya pun kita tidak selalu dapat mengingat Allah, terlebih lagi di luar sholat, tentu lebih sulit lagi kita dapat senantiasa mengingat Allah. Jelaslah bagi kita bahwa untuk menjadi ahli makrifat atau orang yang benar-benar mengenal Allah SWT bukanlah hal yang mudah. Bahkan ini suatu hal yang sangat susah untuk dicapai oleh kebanyakan manusia yang memang senantiasa lalai terhadap Allah SWT.

Itulah orang-orang yang termasuk di dalam golongan ‘Bi Ghairi Hisab’ di akhirat kelak. Mari kita menilai diri kita sendiri, apakah kita termasuk dalam golongan ini?


Golongan kedua yaitu golongan ‘Ashabul Yamin’ atau orang-orang yang menerima catatan amal di tangan kanan adalah golongan orang-orang sholeh, Ulil Abrar ataupun golongan Muflihun. Golongan ‘Ashabul Yamin’ adalah orang-orang yang memiliki keimanan sekurang-kurangnya tingkat Iman Ayan. Iman Ayan adalah iman yang telah meresap di dalam hati. Mereka juga adalah orang yang amal kebaikannya melebihi kejahatannya. Golongan ini terlepas dari azab neraka, namun mereka tetap menjalani hisab atau perhitungan dari Allah SWT. Mereka lebih lambat dalam menempuh titian menuju syurga atau Siratul Mustaqim disebabkan oleh pemeriksaan yang mereka jalani.

Di atas titian Siratul Mustaqim terdapat lima tempat pemeriksaan. Kelima tempat itu dijaga oleh para malaikat yang tugasnya memeriksa setiap hamba Allah. Bayangkanlah bagaimana sekiranya kita tertahan di kelima tempat pemeriksaan itu? Sedangkan satu hari di akhirat adalah selama seribu tahun di dunia.

Maka tidak mengherankan jika orang-orang Muqarrabin tidak mau ’sekedar’ menjadi orang sholeh. Orang-orang sholeh, walaupun masuk ke syurga, terpaksa di-hisab terlebih dahulu. Tentu hal ini akan menyusahkan mereka. Oleh karena itu, orang-orang Muqarrabin lebih suka untuk mati syahid dalam mempertahankan agama Allah karena orang yang mati syahid langsung dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga.

Terpaksa berhenti untuk di-hisab di Siratul Mustaqim adalah merupakan penderitaan dan bagaikan azab bagi golongan Muqarrabin. Di dalam kitab-kitab tasawuf diterangkan bahwa kebaikan yang dibuat oleh orang sholeh masih dianggap bagaikan kejahatan bagi golongan Muqarrabin. Bagi golongan Muqarrabin, sesuatu hal yang halal tetapi akan di-hisab dianggap bagaikan suatu kejahatan.

Untuk mengukur mudah atau tidaknya menjadi orang yang sholeh, mari kita perhatikan apa yang pernah disampaikan oleh Imam Al Ghazali. Imam Al Ghazali mengatakan bahwa orang sholeh itu, dari 24 jam sehari yang diberikan Allah kepadanya, 18 jam di antaranya diisi dengan kebaikan. Hanya 6 jam sisanya saja yang digunakan untuk melakukan hal yang mubah. Tentu saja inipun bukan hal yang mudah.


Adapun golongan yang ketiga yaitu ‘Ashabu Syimal‘ atau golongan yang menerima catatan amal di tangan kiri. Mereka adalah orang-orang mukmin ‘asi atau orang-orang mukmin yang durhaka. Kejahatan mereka lebih berat dari amal kebaikan yang mereka lakukan. Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dahulu, sebelum akhirnya akan dimasukkan juga ke dalam syurga. Mereka dimasukkan ke dalam neraka sebagai pembersihan terhadap dosa dan maksiat yang mereka lakukan. Setelah selesai menjalani hukuman di neraka, barulah mereka dimasukkan ke dalam syurga.

Sedangkan golongan yang terakhir adalah golongan ‘Ashabul A’raf’ yaitu golongan yang amal kebaikan dan kejahatannya itu sama banyak. Golongan ini walaupun mereka selamat dari masuk ke neraka, tetapi mereka lebih lambat masuk ke syurga daripada golongan ‘Ashabul yamin’ yang setelah menempuh Siratul Mustaqim tidak ada halangan lagi untuk masuk ke syurga. Sedangkan bagi golongan ‘Ashabul A’raf’, setelah mereka menempuh Siratul Mustaqim mereka masih ditahan untuk dapat masuk ke syurga.

Mereka akan ditahan di ujung Sirotul Mustaqim. Kemudian Allah memerintahkan kepada golongan ‘Ashabul A’raf’ ini untuk meminta satu amal kebajikan kepada para penghuni syurga agar amal kebaikan mereka menjadi lebih berat daripada kejahatan mereka. Barangsiapa yang telah mendapatkan satu amal kebajikan dari penghuni syurga akan diizinkann untuk masuk ke syurga. Maka, mondar-mandirlah mereka untuk meminta belas kasihan dari para penghuni syurga.

Setelah sekian lama, akhirnya Allah SWT memasukkan ke dalam hati para penghuni syurga kesediaan untuk menghadiahkan satu amal kebaikan mereka kepada orang-orang dari golongan ‘Ashabul A’raf’. Tetapi anehnya, justru bukan orang yang mempunyai banyak amal kebaikan yang langsung bersedia memberikan satu amalan kebajikannya kepada golongan ini. Tetapi orang yang bersedia memberikan amal kebaikannya adalah orang yang hanya mempunyai kelebihan satu amalan kebaikan saja. Oleh karena itu, Allah SWT berfirman kepada golongan ini:

“Sekiranya kamu hamba-hamba-Ku yang mempunyai kelebihan satu amal kebaikan begitu pemurah kepada hamba-hamba-Ku sehingga dapat masuk ke dalam ke syurga, maka sesungguhnya Aku lebih pemurah dari itu.”

Maka hamba Allah yang pemurah itu pun dinaikkan derajatnya oleh Allah di syurga. Inilah kelebihan yang dikaruniakan oleh Allah SWT kepada mereka di akhirat.

Saudaraku,

Huraian diatas mudahan dapat menjadi panduan kita untuk bermuhasabah dimanakah saf kita bila kita dibangkitkan di akhirat kelak.Mudahan kita tergolong dari kalangan insan yang abrar.

Ramadhan adalah anugerah Allah kepada kita yang sedia kita maklum akan kelebihannya.Jadi marilah pada Ramadhan kali ini kita meletakkan azam untuk kita lebih baik dari sebelumnya.Akhir banyaklah belajar dan beramal kerana itulah kunci untuk kita berjaya didunia dan akhirat.Wallahua'qlam