Wednesday, 14 May 2014

Pengenalan Kepada Ilmu Qiraat

Al-Qiraat memberi maksud satu ilmu yang membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Quran dan keadaan kalimah-kalimah tersebut seperti panjang dan sebagainya. Ilmu al-Qiraat diasas oleh Imam-Imam Qurra’. Terdapat juga pendapat yang mengatakan ianya diasakan oleh Abu Umar Hafs bin Umar Al-Duri. ILMU Qiraat merupakan semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan al-Quran dan hukul mempelajari ilmu al-Qiraat adalah fardhu kifayah. Proses pengajaran dan pembelajaran ilmu al-Qiraat ini mestilah diambil secara bertalaqqi dan musyafahah daripada seorang guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. kerana Al-Quran dan al-Qiraat merupakan sunnah Muttaba’ ( yang diikuti )

Terdapat dua toriq(jalan) yang menjadi panduan utama dalam disiplin ilmu al-Qiraat ini iaitu Toriq al-Syatibi( al-Qiraat Tujuh ) melalui matan حرز الأمانى ووجه التهانى dan Toriq al-Jazari( al-Qirrat sepuluh ) melalui matan طيبة النشر فى القرءات العشر . Toriq al-Syatibi dinamakan dengan الصغرى kerana periwayatan beliau terhadap turuq Qiraat adalah kecil dan sedikit, bermaksud ia tidak menyeluruh dan mendalam terhadap kesemua turuq Qiraat. Sementara toriq al-Jazari pula dinamakan dengan الكبرى kerana periwayatan beliau terhadap Turuq Qiraat adalah menyeluruh dan mencakupi semua Turuq, walaupun terdapat perbezaan diantara kedua-dua Toriq tersebut dari susur periwayatan Turuq masing-masing. Namun kedua-dua Toriq ini adalah betul dan sohih.(ruj: Abd. Jalal A.Manaf:DQ)

Di Malaysia khususnya,kaedah pembelajaran dan pengajaran ilmu tajwid lebih cenderung kepada Toriq al-Syatibi. Umat Islam di Malaysia membaca Qiraat حفص عن عاصم menggunakan Toriq al-Syatibi.

pembahagian Qiraat itu terbahagi kepad beberapa bahagian besar. Imam Ibnu al-Jazari mengkategorikan Qiraat itu kepada lima jenis :

1. Qiraat Mutawatir Ia itu Qiraat yang diriwayatkan oleh satu kumpulan yang besar dan terselamat dari berlaku sebarang pendustaan, seperti Qiraat yang terdapat dalam Toriq al-Syatibi dan Toriq al-Jazari.

2. Qiraat Masyhur iaitu Qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak mencapai tahap mutawatir. Menepati kaedah Bahasa Arab dan membetuli salah satu Mushaf Uthmani, masyhur di kalangan Imam Qurra’ tetapi berlawanan jalan riwayatnya dengan Imam Tujuh dan ada setengahnya tidak.

3. Qiraat Aahad Iaitu Qiraat yang sah sanadnya tetapi menyalahi kaedah Bahasa Arab atau bacaannya tidak masyhur di kalangan Imam Qurra’.

4. Qiraat Syazah Iaitu Qiraat yang tiada sanadnya.

5. Qiraat Maudhu’ Iaitu Qiraat yang yang direka-reka yang bukan diambil dari Rasulullah s.a.w. Qiraat Aahad, Qiraat Syaazah dan Qiraat Maudhu’ tidak boleh dibaca kerana ianya bukan dinamakan al-Quran walaupun sanadnya sahih seperti sanad Aahad, tetapi qiraat tersebut tidak terdapat dalam Rasm ‘Uthmani.

ISTILAH-ISTILAH PENTING

1. الصلـة ( صلة هاء الكنية ( ضمير Ia itu memanjangkan Ha’ Dhamir atau kata gantinama misalnya إنه . Jika sebelumnya berbaris hadapan, diwasalkan dengan huruf و . Jika sebelumnya berbaris dibawah diwasalkan dengan ي . صلة ميم الجمع pula bermaksud memanjangkan mim Jama’, contohnya عليهم/إليكم diwasalkan dengan huruf و seperti terjadi عليهمو/اليكموا . 2.

<إدغام الكبير Memasukan huruf yang pertama berbaris kepada huruf yang kedua juga berbaris dengan syarat tertentu, contohnya الرحيم 3.

القصر Menbaca huruf mad dengan kadar 2 harkat sahaja Contoh: ءادم 4.

التوسـط Membaca huruf mad antara mad dan Qasar atau memanjangkan huruf mad dengan kadar 4 harkat sahaja.

5. الإشباع Memanjangkan suara dengan kadar tidak kurang dari 6 harkat. Contohnya: السماء 6.

تثليث البدل Mad badal boleh dibaca dengan 3 wajah wajah bacaan iaitu dengan 2, 4, dan 6 harkat ( bagi riwayat warsy sahaja ).

7. التسهيل Menyebut bunyi diantara bunyi huruf Hamzah dan huruf mad. Contoh: ءأنذرتهم Ketika berbaris di atas : antara Hamzah dan Alif Ketika berbaris di bawah : antara Hamzah dan Ya’ Ketika berbaris di hadapan : antara Hamzah dan Wau



8. الإبدال Iaitu diibdalkan( diganti) huruf ء kepada huruf mad menurut harakah sebelumnya. Jika sebelumnya berbaris diatas, diibdalkan kepada huruf ا , jika sebelumnya berbaris di bawah, diibdalkan kepada ي dan jika sebelumnya berbaris di depan, diibdalkan kepada و. Contoh: يؤمنون / يومنون 9.

إسقاط Mengugurkan. Istilah ini biasanya digunakan pada bab Hamzah, samada Hamzah itu terdiri dari dalam dua kalimah atau dalam satu kalimah. Contoh : أوجاء أحد dibaca أو جا أحد. 10.

إدخال Iaitu memasukan alif ( ا ) antara dua Hamzah yang berbaris di atas, contoh : ءأنذر تهم dan diantara Hamzah berbaris di atas dan di bawah: أئـــذا 11

نقـل Iaitu dipindahkan harkat Hamzah kepada huruf sebelumnya, contohnya:

من ءامن 12.

الفتحـة Iaitu membunyi huruf diantara Fathah Syadid dan Taqlil.

13. إمالة Dikenali juga dengan Imalah Kubra iaitu sesuatu bunyi yang terhampir sekali dengan kasrah, contohnya: مجر ــها 14.

تقليل Dikenali juga dengan nama Imalah Sughra iaitu bunyi diantara Fathah dan Imalah.

15. ترقيق Menipiskan bunyi huruf ra’

16. تفخيم Menebalkan huruf ra’, contohnya: رسول الله 17.

تغليــظ Khusus untuk huruf Lam sahaja, menebalkan bunyi huruf Lam sebelumnya terdapat huruf isti’la’, contoh: الصلـوة/أظلم 18.

الســكـت/سـكـتة Iaitu memutuskan suara pada huruf bertanda sukun tanpa menarik nafas yang baru.

Ringkasan Imam-Imam Qiraat Dan Perawi-Perawi Imam Nafi’ Perawi:

1. Qalun

2. Warsy Imam Ibn Kathir Perawi: 1. Al-Bazi 2.

Qunbul Imam Abu ‘Amru Perawi: 1. Al-Duri 2. Al-Susi

Imam Ibn Amir Perawi: 1. Hisyam 2. Ibn Zakwan Imam ‘Asim Perawi: 1. Syu’bah 2. Hafs

Imam Hamzah Perawi: 1. Khalaf 2. Kallad Imam Al-Kisaie Perawi: 1. Abu al-Harith 2. Al-Duri

Imam Qiraat 7

1. Imam Nafi’ al-Madani Beliau ialah Nafi’ bin Abdul Rahman bin Abi Nuaim. Gelaran mashur beliau ‘ Abu Ruaim ‘, berasal dari Asbahani, dilahir pada sekitar tahun 70H. Wafat di Madinah pada tahun 169H. Mempunyai ramai murid. Dua orang daripada mereka menjadi perawinya yang terkenal iaitu: Qalun( meninggal pd tahun 220H ) dan Warsy( meninggal pd tahun 197H).

2. Imam Ibn Kathir al-Makki Beliau ialah Abdullah bin Kathir al-Makki, Gelaran mashur beliau Abu Ma’bad. Beliau dilahirkan di Makkah pada tahun 45H. Tergolong dalam zaman tabiin dan pernah berjumpa Abdullah bin Zubair, Abu Ayub Al-Ansari dan Anas bin Malik. Meninggal dunia pd tahun 120H di Makkah. Mempunyai ramai murid. Dua orang daripadnya mereka menjadi perawinya yang terkenal iaitu al-Bazi( meninggal pd tahun 250H ) dan Qunbul( meninggal pd tahun 291H ).

3. Imam Abu ‘Amru al-Bashri Beliau adalah Zabban bin Al-Alaa’ bin Ammar Al-Basri. Dilahirkan di Makkah pada tahun 70H dan meninggal Dunia diKufah pada tahun 145H. Mempunyai ramai murid, dua daripada mereka menjadi perawinya dan terkenal iaitu Al-Duri( meninggal dunia pd tahun 246 )dan al-Susi ( meninggal pd tahun 261H ).

4. Imam Ibn ‘Amir al-Dimasyqi Beliau adalah Abdullah Ibn Amir Al-Syami Al-Yahsobi. Seorang Qadhi di Damsyik dizaman Khilifah Al-Walid Ibnu Abdul Malik. Beliau merupakan seorang tabiin. Dilahirkan pada tahun 21H dan meninggal dunia di Damsyik pada hari ‘ Asyura ‘ pada tahun 118H. Mempunyai ramai murid, dua daripada mereka menjadi perawinya terkenal iaitu Hisyam( lahir pd tahun 153H dan meninggal dunia pd tahun 245H )dan Ibn Zakwan( lahir pd tahun 173H dan meninggal pd tahun 242H ).

5. Imam ‘Asim al-Kufi Beliau adalah ‘Asim bin bin Abdullah (Abi al-Najud) binBahdalah al-Asadi dan digelar Abu Bakar. Beliau juga dari kalangan tabiin. Meninggal dunia pd tahun 127H. Mempunyai ramai murid, dua daripada mereka menjadi perawinya yang terkenal iaitu Syu’bah( lahir pd tahun 95H dan meninggal pd tahun 193H )dan Hafs( lahir pd tahun 90H dan meninggal dunia pd tahun 180H ).

6. Imam Hamzah Beliau adalah Hamzah bin Habib bin Ummarah Al-Ziati. dan mendapat gelaran Abu Ummarah. Beliau juga seorang ahli perniagaan yang kuat beribadat dan warak. mempunyai ramai murid dua daripada mereka menjadi perawinya yang mashur iaitu Khalaf ( meninggal dunia pd tahun 229H )dan Khallad( meninggal dunia pd tahun 220H ).

7. Al-Kisa’i Beliau adalah Abu al-Hassan Ali bin Hamzah dan pakar dalam ilmu nahu. Beliau mendapat gelaran Kisa’i kerana ketika melakukan ihram beliau mengenakan pakaian kebesaran ( kisa ). Dilahirkan pd tahun 119H dan meninggal dunia di Ranbawaih pada tahun 189H. mempunyai ramai murid, dua daripada mereka menjadi perawinya yang terkenal iaitu Abu al-Harith ( meninggal pd yg sama 240H) dan Al-Duri ( meninggal dunia pd tahun 246H ).

Rujukan; - حرز الأمانى ووجه التهانى - Al-Ustaz Abdul Jalal bin Abd Manaf , 2010. Khulasah Ringkasan Ilmu Qiraat, Darul Quran. - Al-Ustaz Mohd Nazri, Manhaj Qiraat ‘Asyara. 2010, Darul Quran - Abu Mardhiyah. Tajwid Al-Quran Qiraat ‘Aasyim, 2004, Perniagaan Normah

Wednesday, 4 July 2012

Kata Kerja

Kata kerja atau Kalimah F’il terbagi tiga:
1. Fi’il Madhi – Kata kerja Yang lalu

Kata kerja menunjukkan kejadian bentuk lampau, yang telah terjadi sebelum masa berbicara. Seperti :

قَرَأَ“Telah membaca”.

Tanda-tandanya adalah dapat menerima Ta’ Fa’il dan Ta’ Ta’nits Sakinah. Seperti :

قَرَأْتُ = “Aku telah membaca” dan

قَرَاَتْ = “Dia (seorang perempuan) telah membaca”.

2. Fi’il Mudhori’ – Kata kerja bentuk sedang atau akan:

Kata kerja menunjukkan kejadian sesuatu pada saat berbicara atau setelahnya, pantas digunakan untuk kejadian saat berlangsung atau akan berlangsung.
Dapat dipastikan kejadian itu terjadi saat berlangsung dengan dimasukkannya Lam Taukid dan Ma Nafi. Seperti:

قَالَ إِنِّي لَيَحْزُنُنِي أَنْ تَذْهَبُوا بِهِ
berkata Ya’qub: “Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku…

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ…
Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati…

Dapat dipastikan kejadian itu terjadi akan berlangsung dengan dimasukkannya :

س, سوف, لن, أن, ان.

Seperti:
سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ
Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.

وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى
Dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).

قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَن تَرَانِي
Berkatalah Musa: “Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau.” Tuhan berfirman: “Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku

وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

وَإِن يَتَفَرَّقَا يُغْنِ اللَّهُ كُلاًّ مِّن سَعَتِهِ
Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masingnya dari limpahan karunia-Nya.

Tanda-tanda Fi’il Mudhori’ adalah:  لَمْ
seperti contoh:
لَمْ يَقْرَأْ
artinya: tidak membaca.

Ciri-ciri Kalimah Fi’il Mudhari’ adalah dimulai dengan huruf Mudhoro’ah yang empat yaitu أ – ن – ي – ت disingkat menjadi أنيت.

Huruf Mudhara’ah Hamzah dipakai untuk Mutakallim/pembicara/orang pertama tunggal/Aku. contoh



أضرب = aku akan memukul



Huruf Mudhara’ah Nun dipakai untuk Mutakallim Ma’al Ghair/pembicara/orang pertama jamak/Kami. contoh



نــضرب = kami akan memukul



Huruf Mudhara’ah Ya’ dipakai untuk Ghaib Mudzakkar/orang ketiga male, tunggal, dual atau jamak/dia atau mereka. contoh



يــضرب = dia (p) akan memukul



يــضربان = dia berdua (lk-pr) akan memukul



يــضربون = mereka (lk) akan memukul



يــضربنYADHRIBNA = mereka (pr) akan memukul



Huruf Mudhara’ah Ta’ dipakai untuk Mukhatab secara Mutlaq/orang kedua male atau female, juga dipakai untuk orang ketiga female tunggal dan dual. contoh



تــضرب = kamu (lk)/dia (pr) akan memukul



تــضربا= kamu berdua (lk-pr)/dia berdua (pr) akan memukul



تــضربون = kamu sekalian (lk) akan memukul



تــضربينT = kamu (pr) akan memukul



تــضربن = kamu sekalian (pr) akan memukul



3. Fi’il Amar – Kata kerja bentuk perintah :



Kata kerja untuk memerintah atau mengharap sesuatu yang dihasilkan setelah masa berbicara. contoh:



اقْرأْ = bacalah.



Tanda-tandanya adalah dapat menerima Nun Taukid beserta menunjukkan perintah. contoh



اقْرَأَنَّ= sungguh bacalah.

Friday, 4 November 2011

TATA BAHASA ARAB - PELAJARAN 07




... نَكِرَة - مَعْرِفَة



NAKIRAH (Sebarang) - MA'RIFAH (Tertentu)



Menurut penunjukannya, Isim dapat dibagi dua:



1) ISIM NAKIRAH atau kata benda sebarang atau tak dikenal (tak tentu).



2) ISIM MA'RIFAH atau kata benda dikenal (tertentu).



Isim Nakirah merupakan bentuk asal dari setiap Isim, biasanya ditandai dengan huruf akhirnya yang bertanwin ( ً ٍ ٌ = an ,in, un ). Sedangkan Isim Ma'rifah biasanya ditandai dengan huruf Alif-Lam ( ال = al) di awalnya.



Contoh Isim Nakirah: بَيْتٌ (= sebuah rumah), وَلَدٌ (= seorang anak)



Contoh Isim Ma'rifah: اَلْبَيْتُ (= rumah itu), اَلْوَلَدُ (= anak itu)



Coba bandingkan dan perhatikan perbedaan makna dan fungsi antara Isim Nakirah dan Isim Ma'rifah dalam dua buah kalimat di bawah ini:



ذَلِكَ بَيْتٌ. اَلْبَيْتُ كَبِيْرٌ.

= Itu sebuah rumah. Rumah itu baru.



جَاءَ وَلَدٌ. اَلْوَلَدُ مُؤَدِّبٌ.

= Datang seorang anak. Anak itu sopan.



Selain Isim yang berawalan Alif-Lam, yang juga termasuk Isim Ma'rifah adalah:



1. ISIM 'ALAM (Nama). Semua Isim 'Alam termasuk Isim Ma'rifah, meskipun diantara Isim 'Alam tersebut ada yang huruf akhirnya bertanwin.



Contoh: أَحْمَدُ (= Ahmad), عَلِيٌّ (= Ali), مَكَّةُ (= Makkah)



2. ISIM DHAMIR (Kata Ganti). Yaitu kata yang mewakili atau menggantikan penyebutan sesuatu atau seseorang atau sekelompok benda/orang.



Contoh: أَنَا (= aku, saya), نَحْنُ (= kami, kita), هُوَ (= ia, dia)



Isim Dhamir ini kelak akan dibahas tersendiri secara terinci.

Monday, 9 May 2011

Merungkai Persoalan Mengenai Masjid Dan Surau

Para ulama’ telah Mentakrifkan Masjid dan Surau seperti berikut :



MASJID :Asal dari perkataan Sujud ialah satu tempat solat tertentu yang bukan menjadi milik orang-perseorangan, ataupun milik sesebuah organisasi, yakni ianya merupakan satu tempat yang sudah pun diwaqafkan untuk dijadikan tempat solat awam.




SURAU: Ianya hanya terdapat Di Malaysia dan tiada di dalam istilah Bahasa Arab .Fungsi sama seperti masjid dimana ianya diwaqafkan untuk kegunaan masyarakat awam, tetapi perbezaannya dengan masjid ialah tidak didirikan Solat Jumaat .Oleh itu, ianya perlulah difahami menurut ‘uruf ( kebiasaan ) masyarakat kita. Apatalah lagi ‘uruf ini juga merupakan salah-satu daripada sumber-sumber perundangan Islam.Merujuk kepada ‘uruf yang berlaku di kalangan masyarakat kita , maka sebahagian besar Ulamak telah menyatakan SURAU Bukanlah Masjid.




Namun begitu, terdapat khilaf dikalangan ulama’ dengan hujah : Surau dan masjid itu kedua-duanya adalah tempat umum yang diwakafkan untuk didirikan solat berjemaah .
Sebahagian Ulamak menyatakan status masjid dan surau bergantung pada niat asal untuk didirikan bangunan itu,Sekiranya penderma mewaqafkan untuk dijadikan masjid maka jadilah masjid dan terikat dengan hukum-hukum yang berkaitan dengan sebuah masjid. Jika diniatkan sebagai surau, maka jadilah ia surau dan ia tidak terikat dengan hukum sebuah masjid. Atas asas ini, apabila sesuatu binaan itu diniatkan sebagai masjid, maka kekallah statusnya sebagai masjid walaupun tidak didirikan jumaat.Untuk makluman di negara-negara Arab, terdapat masjid-masjid yang tidak didirikan solat jumaat.




Persoalan Mengerjakan Solat Tahiyatul Masjid ketika memasuki Surau ?
Pada hemat saya. Cara yang paling bijak apabila kita masuk ke surau sebaiknya kita berwuduk terlebih dahulu kemudian dirikan solat wuduk
kerana sumber solat sunat wuduk jelas dan kita yakin dengan keikhlasan hati mudahan Allah akan tetap memberi ganjaran setimpal.Begitu juga dengan amalan lain apa guna membesarkan isu khilaf yang sepatutnya kita jadikan sebagai rukysah(kemudahan) dalam mendekatkan diri kepada Allah.
Dalam hadis riwayat al-Bukhari 4/428 [no 1149]dan Muslim 16/141 [no 6478] :
Maksudnya : “Rasulullah s.a.w bersabda kepada Bilal ketika solat Subuh : Wahai Bilal, ceritakan kepadaku dengan amalan paling baik engkau lakukan disisimu dalam Islam, Sesungguhnya aku mendengar bunyi hentakan seliparmu di hadapanku dalam Syurga. Jawab Bilal : Aku tidak melakukan sebarang amalan yang paling aku harapkan disisiku, aku tidak bersuci (berwuduk) pada satu-satu masa waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wuduk tersebut, dengan apa yang tidak diwajibkan bagiku untuk solat”
Imam Nawawi menjelaskan :
“Solat yang paling afdal selepas sunat rawatib dan tarawih ialah solat dhuha, kemudian apa yang berkaitan dengan sesuatu perbuatan seperti dua rakaat tawaf jika kita tidak berpendapat mewajibkannya, dua rakaat ihram, tahiyyat masjid dan kemudian sunat wuduk” [al-Majmuk jil.4, hlm. 26]


Kesimpulannya mendalami ilmu adalah wajib keatas setiap individu muslim .Dimana ilmu akan menyelamatkan dari kejahilan dan menerangi hati dari zulmat(gelap) bila ia diamalkan .Manakala Kebijaksanaan berfikir akan menyelamatkan diri terjebak dari ketaksuban kepada sesuatu pendapat seterusnya membina kekuatan ummah.

Friday, 7 January 2011

Solatku ?



Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,

"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1) Bertaubat

2) Menyesali dosa yang telah dilakukan

3) Tidak tergila-gilakan dunia

4) Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

5) Tinggalkan sifat berbangga

6) Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7) Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.Aku sedang berhadapan dengan Allah,

2..Syurga di sebelah kananku,

3.Neraka di sebelah kiriku,

4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5.Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"...Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun..."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Saturday, 27 November 2010


Oleh: bukitkeplu


" Dari Abu Umamah Al Bahili dari Rasulullah Shallallahu'alaihiWasallam bersabda: “Sungguh ikatan Islam akan terurai simpul demi simpul. Setiap satu simpul terurai maka manusia akan bergantungan pada simpul berikutnya. Yang pertama kali terurai adalah masalah hukum dan yang paling akhir adalah solat." (ref :Ahmad -21139)


Saudaraku,

Rasulullah SAW memperingatkan kita bahwa pasti akan berlaku diakhir zaman proses keruntuhan Umat Islam bermula dengan meninggalkan aspek hukum Islam atau hukum Allah sehingalah diabaikannya kewajiban menegakkan solat. Padahal kita menyaksikan dewasa ini bahwa kedua sempadan tersebut jelas telah diremehkan oleh majoriti ummat Islam.

Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Siapa yang meninggalkan syari’at yang diturunkan kepada Muhammad Ibnu Abdillah Shallallahu'alaihiWasallam penutup para nabi, malah ia cenderung kepada yang lainnya berupa hukum-hukum (Allah) maka dia kafir. Maka apa gerangan dengan orang yang berhukum kepada Ilyasa dan lebih mengedepankannya atas hukum Allah? Siapa yang melakukannya maka dia kafir dengan ijma kaum muslimin”. [ref :Al Bidayah Wan Nihayah: 13/119].

Lalu Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan lebih lanjut tentang tentang Kitab Yasiq/Ilyasa: “Ia adalah kitab undang-undang hukum yang dia (Raja Tartar, Jengis Khan) dicedok dari berbagai sumber; dari Yahudi, Nashrani, Millah Islamiyyah, dan yang lainnya, serta di dalamnya banyak hukum yang dia ambil dari pandangan dan keinginannya, lalu (kitab) itu bagi keturunannya menjadi aturan yang diikuti yang lebih mereka kedepankan dari pada al hukmu bi Kitabillah wa sunnati Rasulillah shalallahu ‘alaihi wasallam (berhukum kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam). Siapa yang melakukan itu, maka wajib diperangi hingga kembali kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, selainnya tidak boleh dijadikan acuan hukum dalam hal sedikit atau banyak”.

Saudaraku,

Berhubung dengan solat, Nabi Shallallahu'alaihiWasallam sangat menganjurkan agar kaum muslimin lelaki sedapat mungkin menegakkan solat lima waktu secara berjamaah di masjid kecuali jika ada uzur syar’i. Dan mereka yang tanpa uzur syarie meninggalkan solat berjamaah ke masjid dikaitkan dengan penyakit kemunafikan. Di antaranya kita dapati hadits berikut:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَإِنَّ أَثْقَلَ صَلَاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَصَلَاةُ الْعِشَاءِ وَصَلَاةُ الْفَجْرِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَالَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًاوَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّلَاةِفَتُقَامَ ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيُصَلِّيَ بِالنَّاسِثُمَّ أَنْطَلِقَ مَعِي بِرِجَالٍ مَعَهُمْ حُزَمٌ مِنْ حَطَبٍ إِلَى قَوْمٍلَا يَشْهَدُونَ الصَّلَاةَ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ بِالنَّارِ

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Solat yang dirasakan berat bagi orang-orang munafik adalah shalat isya` dan shalat subuh, sekiranya mereka mengetahui keutamaannya, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Sungguh aku berkeinginan untuk menyuruh seseorang sehingga shalat didirikan, kemudian kusuruh seseorang dan ia mengimami manusia, lalu aku bersama beberapa orang membawa kayu bakar untuk menjumpai suatu kaum yang tidak menghadiri solat, lantas aku bakar rumah mereka." (Ref Muslim : 1041)

Saudaraku,

Hadist ini dengan jelas mengambarkan betapa keras amaran Nabi shallallahu 'alaihi wasallam agar setiap muslim menghadiri solat berjamaah di masjid. Bahkan beliau mengancam akan membakar rumah-rumah mereka yang sengaja tidak menghadiri solat berjamaah di masjid. Dan lebih daripada itu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menggambarkan bahwa mereka yang enggan sholat berjamaah di masjid merupakan golongan munafik.

Tidak hairanlah bilamana sahabat Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ’anhu sampai menyampaikan pendapat sebagai berikut:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُعَنْهَا إِلَّا مُنَافِقٌ مَعْلُومُ النِّفَاقِ Dari Abdullah bin Mas’ud ia berkata: "Menurut pendapat kami, tidaklah seseorang ketinggalan dari solat (berjamaah di masjid), melainkan dia seorang munafik yang jelas kemunafikannya (munafik tulen)." (ref : Muslim:1046)

Hari ini masjid dan surau tesergam indah disegenap pelusuk di bumi Malaysia namun hanya sebahagian kecil dikalangan kita hadir berjemaah dalam solat lima waktu.Persoalnnya adakah begitu banyak golongan munafik di kalangan umat islam hari ini ? Natijah dari itu maka tidak hairanlah majoriti Umat islam sendiri tidak yakin dengan Hukum Allah bahkan ada yang menolakknyadengan pelbagai alasan . Ini betepatan dengan Firman Allah telah menegaskan bahwa golongan yang paling keras menolak kembali kepada hukum Allah ialah kaum munafik. Wa na’udzubillah min dzaalika.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِرَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا

“Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.” (QS An-Nisa 61)

Kesimpulannya Menegakkan Daulah Islam ( Hukum Allah ) adalah satu kewajipan yang tidak dapat direalisasikan dikalangan majoriti umat Islam yang masih dibelenggu sifat munafik.Meremehkan ikatan islam pasti akan mengundang kemurkaan Allah.Jadi Bersamalah kita mengajak diri kita dan saudara-saudara kita menegakkan solat dengan sempurna kerana ia adalah perintis kearah menegakkan Daulah Islam .