الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان ‘لى يوم الدين ، وبعد
Berjanggut dan berjambang merupakan sunnah Rasul Shallallahu 'alaihi wasallam, amalan para sahabat Baginda dan nabi 'Alaihimussalam.
Firman Allah Ta’ala:
قال يبنؤم تأخذ بلحيتى ولا برأس
Firman Allah Ta’ala:
قال يبنؤم تأخذ بلحيتى ولا برأس
Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku, janganlah engkau meragut janggut dan menarik rambutku. " ( Thaha: 94)
Kisah janggut Nabi Harun 'Alaihissalam yang dipegang Nabi Musa 'Alaihissalam ini,menjadi dalil kepada para ulama yang berpendapat bahawa amalan berjanggut itu disyariatkan dalam Islam dan menjadi sunnah nabi-nabi. Mencukur janggut dan memelihara misai itu adalah budaya atau cara hidup orang-orang Yahudi, Nashrani dan Majusi. Oleh kerana itu orang Islam diperintahkan supaya berkeadaan sebaliknya tidak mengikut budaya mereka itu untuk membezakan cara hidup orang Islam dengan cara hidup mereka.
Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
(أعفوا اللحى وخذوا الشوارب وغيروا شيبكم ولا تشبهوا باليهود والنصارى(رواه أحمد)
Maksudnya: Kamu simpanlah janggut, kamu potonglah misai, kamu ubahlah warna uban kamu (dengan berinai) dan janganlah kamu mencontohi Yahudi dan Nashrani.
روى أن رجلا من المجوس جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم وقد حلق لحيته وأطال شاربه ، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم ، ما هذا ؟ قال : هذا ديننا ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لكن في ديننا أن نحفي الشوارب وأن نعفي اللحية(رواه ابن ابي شيبة)Maksudnya: Diceritakan bahawa seorang lelaki daripada kalangan Majusi datang mengadap Nabi Shallallahu 'alaihi was allam, dan lelaki ini telah mencukur janggutnya dan memanjangkan misainya. Lalu Baginda bertanya: "Apa (yang engkau lakukan) ini?" Lelaki itu menjawab: "Beginilah ajaran agama kami". Kemudian Baginda berkata: "Akan tetapi dalam agama kami (Islam), kami memotong misai dan membiarkan janggut kami panjang. "
(Hadits riwayat Ibnu Abu Syaibah)
Menurut kata al-Imam al-bukhari:
كان ابن عمر يحفي شاربه حتى يرى إلى بياض
Ibnu 'Umar menipiskan misainya sehingga kelihatan kulitnya yang putih. (Fath al-Bari: 11/524) Daripada keterangan-keterangan di atas, jelas membuktikan bahawa para sahabat adalah berjanggut kerana mencontohi amalan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam.
Hukum Berjanggut Dan Mencukur Misai
Adapun perintah memelihara janggut itu banyak kali ditegaskan dalam hadits-hadits Baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, antaranya: Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu 'Umar Radhialla 'anhuma katanya:“Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam:"Kamu cukurlah misai dan peliharalah janggut kamu.” (Hadits riwayat al-Bukhari )Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu 'Umar Radhiallah 'anhuma, katanya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaih wasallam: "Berbezalah kamu daripada orang-orang musyrik, iaitu, kamu peliharalah janggut dan cukurlah misai. " ( al-Bukhari dan Muslim)
Pendapat Mazhab Syafi'e Tentang Janggut Menurut Imam an-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim bahawa janggut itu tidak dicukur, katanya: Bahawa pendapat yang terpilih, ialah membiarkan janggut mengikut keadaan semula jadinya, tanpa memendekkannya sedikitpun pada hukum asalnya, dan pendapat yang terpilih pada misai pula ialah tidak mencabut atau mencukurnya habis, memadai (memendekkannya) setakat kelihatan tepi bibir. Menurut kitab al-Majmu' karangan aI-Imam an-Nawawi, kata al-Khithabi dan ulama-ulama selainnya: "Janggut itu disimpan, dibiarkan dengan tidak digunting. Mengguntingnya adalah makruh seperti perbuatan orang-orang a 'jam (bukan Islam). (1/342)
Berdasarkan kepada keterangan hadits-hadits di atas, berjanggut itu bukan sahaja amalan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat Baginda, bahkan menjadi amalan juga kepada para nabi sebagaimana keterangan al-Qur'an tentang janggut Nabi Harun 'Alaihissalam. Sementara mencukurnya pula bertentangan dengan sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam.
Had Memotong Janggut
Had atau sukatan bagi memotong janggut itu adalah bersandarkan kepada perbuatan Ibnu 'Umar Radhiallahu 'anhuma semasa mengerjakan haji dan umrah, yang mana beliau telah menggenggam janggutnya dan yang lebih daripada genggamannya dipotongnya.
(وكان ابن عمر إذا حج أو اعتمر قبض على لحيته فما فضل أخذه (رواه البخاري
Maksudnya: Semasa Ibnu 'Umar mengerjakan haji atau umrah, beliau menggenggam janggutnya, mana yang lebih (daripada genggamannya) dia memotongnya.(Riwayat al-Bukhari)Memotong MisaiMengenai misai pula, menurut Imam an-Nawawi bahawa pendapat yang terpilih ialah tidak memotongnya habis, cukup memendekkannya setakat jelas kelihatan tepi bibir.
Menyimpan Dan Menjaga Dengan Bersih Bulu Ketiak
Adapun membiarkan bulu ketiak itu panjang dengan niat untuk menyimpan dan menjaganya dengan bersih adalah menyalahi fitrah. Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu
الفطرة خمس أو خمس من الفطرة الختان وارتحداد ونتف الإبط وتقليم الأظفار وقص الشارب
(رواه البخاري ومسلم والترمذي والنسائي وأبو داود وابن ماجه وأحمد ومالك)
Maksudnya: Fitrah itu ada lima atau lima perkara daripada fitrah itu ialah berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, an-Nasa'i, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik) Maksud daripada fitrah itu ialah sunnah para nabi 'Alaihimussalam yang disepakati oleh syara'. Jadi menurut sunnah, apa yang perlu dibuat untuk bulu ketiak itu ialah mencabutnya dan jangan membiarkannya tumbuh.
Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.” - Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih.
Daripada hadist diatas Hukum menyimpan janggut adalah wajib bagi lelaki.Walaubagaimanapun, terdapat ulama yang menyatakan sunat. Dengan alasan, ia hanya perbuatan Rasulullah s.a.w. Hujah ini tidak jelas kerana terdapat dalil yang banyak daripada hadis Rasulullah s.a.w yang menyamakan seseorang Muslim yang tidak menyimpan janggut dengan suatu kaum yang lain.Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak menyimpan janggut. Oleh itu, tidak boleh menyerupai mereka. Ini salah satu daripada tatacara kehidupan mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah daripada kalangan mereka.”- Hadis riwayat Ahmad.
Sabda Rasulullah s.a.w:“Bukanlah daripada umatku seseorang yang lain daripada kami. Oleh itu, janganlah kamu mengikut Yahudi dan Nasrani.”- Hadis riwayat al-Tirmizi.
Ibn Taimiyyah berkata:“Haram jika memotong janggut (mencukur janggut).

Imam Ibn Abdul Bar dalam Kitab al-Tamhid:
“Haram mencukur janggut. Jangan lakukannya kecuali Khunsa ( mempunyai dua kemaluan) "
Kesimpulannya menyimpan janggut adalah syiar Islam. Ia adalah akhlak para nabi dan solafussoleh disamping satu kemuliaan dan penghargaan kepada lelaki. Rasulullah s.a.w amat mengalakkan seseorang Muslim menyimpan janggut. Rasulullah s.a.w tidak perintahkan umatnya melakukan sesuatu kecuali ada hikmahnya dan kena pada tempatnya. Hanya ALLAH dan Rasulullah s.a.w sahaja yang tahu segala-galanya.Sebagai seorang Muslim, kita tidak digalakkan menyoal atau menafikan sesuatu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Ingatlah, setiap apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w adalah perintah dari ALLAH. Perintah ini bersifat Tauqifi, iaitu sesuatu yang perlu diterima tanpa mempersoalkannya..Oleh itu bersamalah kita menyimpan janggut dan menipiskan misai.