Oleh: asshafiee
Solat Tahajjud
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :
Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
Dimudahkan hisab ke atasnya.
Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari
Membaca Al-Quran
Salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)
Solat Berjemaah
Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."
Solat Dhuha
Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sedekah
Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)
Jaga Wudhuk Terus Menerus
wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :
"Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Istighfar Setiap Masa
Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).”
(Al-Anfal : 33)
Petikan Dari http://www.ustaznoramin.com/2010/06/7-sunnah-nabi-yang-patut-dilakukan.html
Friday, 25 June 2010
Wednesday, 23 June 2010
ADAB KETIKA BERDOA
Kebiasanya seseorang melakukan do'a mengangkat tangannya,ini berdasarkan sabit hadis Nabi saw :
إِنَّ اللَّهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ
"Sesungguhnya Allah itu amat pemurah, dan ia tidak menyukai menghampakan hambanya dengan tangan kosong apabila ia menangkatnya kepadanya"
(Hadith riwayat Al-Tirmudzi #3556, sahih oleh al-Albani didalam Sahih Al-Tirmudzi.)
Diadalam Kitab Tuhfat al-Ahwadhi mengatakan bahawa hadith ini menegaskan adalah mustahab mengangkat tangan apabila melakukan doa. Sebenarnya banyak lagi hadith yang menerangkan tentang mustahabnya mengangkat tangan.
Menurut Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyah :
وأما رفع لقول النبي صلى الله عليه وسلم يديه في الدعاء : فقد جاء فيه أحاديث كثيرة صيحة، مسحه وجهه بيديه فليس عنه فيه الاحديث، أو حديثان،
"Dan bagi mengangkat tangan ketika berdo'a adalah merupakan perkataan Nabi saw : Telah datang darinya banyak hadith-hadith yang sahih, menyapu wajah dengan tangan bukanlah ada didalam hadith atau hadith-hadith".
الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه إلى السماء يا رب يا رب ، ومطعمه حرام ومشربه حرام وملبسه حرام وغذي بالحرام ، فأنى يستجاب له ؟ ) رواه مسلم في صحيحه
Kemudian diperingatkan dengan "seorang lelaki yang bermusafir jauh dan dipenuhi habuk, mengangkat tangan keatas langit seraya berkata :'Ya Tuhan ku Ta Tuhan ku', akan tetapi makanan yang dimakan dari yang haram, dan minumannya dari yang haram, dan semuanya dijadikan dengan yang haram, maka bagaimana dikabulkan keatas permintaannya?" - (Riwayat oleh Muslim didalam Shahih).
Sheikh Abdul Aziz bin Baaz memberi komentar diatas hadith diatas mengatakan :"ia menunjukkan bahawa mengangkat tangan merupakan satu cara (adab) bagi sesuatu do'a itu dikabulkan, dan menjelaskan bahawa mengambil sesuatu yang haram merupakan salah satu perkara dimana do'a seseorang itu tidak di kabulkan."
Berapa pandangan mengenai mengangkat tangan semasa berdo'a
Umumnya mengangkat tangan semasa do'a adalah mustahab. Ia merupakan salah satu daripada kaedah berdo'a sebagaimana yang dijelaskan diatas yang disandarkan kepada hadith-hadith sahih. Disini kita memetik fatwa dari Sheikh Abdul Aziz bin Baaz mengenai beberapa situasi mengenai angkat tangan ketika berdo'a. Kata beliau:
فهذا من أسباب الإجابة إلا في المواضع التي لم يرفع فيها النبي صلى الله عليه وسلم فلا نرفع فيها ، مثل خطبة الجمعة ، فلم يرفع فيها يديه ، إلا إذا استسقى فهو يرفع يديه فيها .
كذلك بين السجدتين وقبل السلام في آخر التشهد لم يكن يرفع يديه صلى الله عليه وسلم فلا نرفع أيدينا في هذه المواطن التي لم يرفع فيها صلى الله عليه وسلم .
لأن فعله حجة وتركه حجة ، وهكذا بعد السلام من الصلوات الخمس . كان صلى الله عليه وسلم يأتي بالأذكار الشرعية ولا يرفع يديه ، فلا نرفع في ذلك أيدينا إقتداء به صلى الله عليه وسلم أما المواضع التي رفع صلى الله عليه وسلم فيها يديه فالسنة فيها رفع اليدين تأسياً به صلى الله عليه وسلم ولأن ذلك من أسباب الإجابة ، وهكذا المواضع التي يدعو فيها المسلم ربه ولم يرد فيها عن النبي صلى الله عليه وسلم رفع ولا ترك فإنا نرفع فيها للأحاديث الدالة على أن الرفع من أسباب الإجابة كما تقدم .
Mengangkat tangan ini merupakan salah satu sebab dikabulkan do'a melainkan terdapat beberapa situasi dimana Nabi saw TIDAK mengangkat tangan, misalnya do'a pada Khutbah Jumaat, dimana dia tidak mengangkat tangan, melainkan apabila bersolat memohon hujan (Solat istisqa'), beliau telah mengangkat tangannya.
Begitu juga duduk diantara 2 sujud dan sebelum salam diakhir Tashahud , baginda saw tidak mengangkat tangannya, maka kita tidak boleh mengangkat tangan dimasa itu kerana Nabi saw tidak mengangkat tangannya.
Disebabkan melakukannya berdasar nas dan tidak melakukannya juga [tidak angkat tangan] juga berdasarkan nas. Begitu juga selepas salam didalam solat yang lima, Nabi saw akan melakukan zikir yang telah dinyatakan oleh syariat akan tetapi beliau tidak mengangkat tangan, maka kita lakukan sedemikan menurut beliau sebagai contoh. Akan tetapi, didalam situasi beliau mengangkat tangan, adalah menjadi sunnah mengangkat tangan, mencontohi perbuatan baginda, kerana ia merupakan satu cara menjadikan do'a kita dijawab oleh Allah swt. Begitu juga dengan situasi didalam seorang Islam memohon sesuatu dari Allah, dan tidak ada riwayat bahawa Nabi saw mengangkat tangan atau tidak. Maka kita dibolehkan mengangkat tangan, kerana disana ada hadith yang menunjukkan mengangkat tangan merupakan salah satu cara agar do'a kita di jawab, seperti yang disebab tadi."
"Disana ulama mengatakan adalah menjadi syariat mengangat tangan semasa berdo'a, malah merupakan mengatakan sunat, kerana menyerupai perlakuan Nabi saw - ada juga kumpulan yang memakruhkan mengangkat tangan kecuali/melainkan didalam Solat istisqa' (mohon hujan), kerana Hadith dari Anas :
كان النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ لا يرفع يديه في شيء من دعائه إلا في الاستسقاء فإنه كان يرفع يديه حتى يرى بياض إبطيه
"Bahawa Rasulullah saw tidak sekali-kali mengangkat tangan didalam do'a kecuali didalam istisqa', maka beliau telah mengangkat tangan sehingga tampak keputihan ketiaknya" - (Riwayat Al-Bukari dan Muslim).
Sebahagian memakruhkan mengangkat tangan secara mutlak didalam Istisqa' dan lain-lain, kerana Hadith Muslim dari 'Imaarah bin Rubiyyah, telah melihat Basyir bin Marwan diatas Mimbar mengangkat tangannya, maka berkata :
قَبَّحَ الله هاتين اليدين، لقد رأيت رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ ما يزيد على أن يقول بيده هكذا، وأشار بأصبعه المسبحة "تفسير القرطبي ج 7 ص 255" .
"Allah akan memburukkan kedua-dua tangan ini, aku telah melihat nabi saw - tidak menambah keatasnya dengan berkata dengan tangannya dan begitu, dan baginda telah mengunakan isyarat dengan jari telunjuk - sebagaimana didalam Tafsir Qurthubi 7/255"
Dalil menunjukkan membalikkan tangan semasa berdo'a
Disana terdapat dalil yang menunjukkan membalikkan tangan semasa berdo'a, sebagaimana menurut Sheikh Atiyah Saqr :
قال ابن حجر في الفتح: قال العلماء: السُّنَّةُ في كل دعاء لرفع بلاء أن يرفع يديه جاعلاً ظهر كفيه إلى السماء، وإذا دعا بحصول شيء أو تحصيله أن يجعل بطن كفيه إلى السماء. وكذلك قال النووي في شرح صحيح مسلم، حاكيًا لذلك عن جماعة من العلماء. وقيل:الحكمة في الإشارة بظهر الكفين في الاستسقاء دون غير التفاؤل بتقلب الحال كما قيل في تحويل الرداء "المرجع السابق".
"Berkata Ibnu Hajar didalam Al-Fath Bari : Berkata ulama' : Sunnah setiap kali berdo'a menghindar bala' mengangkat tangannya menjadikan belakang tangan mengadap ke langit (terbalik), jika berdo'a untuk mendapat sesuatu hasil maka jadikan tapak tangan mengadap langit. Begitulah yang dikatakan oleh Imam Al-Nawawi didalam syarah Sahih Muslim, dan berkata dikalangan kumpulan ulama. Kata mereka : Hikmah mengisyaratkan belakang tapak tangan apabila memohon air hujan tanpa selainnya hanyalah optimistik berubahnya keadaan sebagaimana diperingkat didalam bertukar posisi kain sibai, merujuk kepada nas sebelum ini.
Menterbalikkan tangan ketika doa tolak bala'
Didalam fatwa bernombor 3907 dari al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta, ulama'-ulama'nya menyebut :
السنة أن يجعل بطون يديه إلى السماء وظهورهما إلى الأرض؛ لما روي أن النبي صلى الله عليه وسلم :
إذا سألتم الله فاسألوه يبطون أكفكم، ولاتسألوه بظهورها
"Adalah Sunnah menjadikan tapak tangan mengadap ke langit dan belakang kedua-dua tangan mengadap ke bumi, sebagaimana yang diriwayatkan dari Nabi saw :
Apabila kamu memohon kepada Allah, maka hendaklah kamu lakukan dengan kedua tapak tangan kamu, jangan kamu memohon dengan menggunakan kedua belakang tangan kamu" - ( Abu Daud 2/164-165 bernombor 1485,1486, Ibnu Maajah 1/373, 2/1272, Al-Hakim 1/536, Al-Baihaqi 2/212 dan lain-lain)
Kesimpulannya :
Mengangkat tangan ketika berdo'a merupakan perkara mustahab. Akan tetapi terdapat situasi-situasi tertentu yang menunjukkan Nabi saw tidak mengangkat tangan semasa berdo'a, seperti do'a didalam tashahud dan do'a didalam Khutbah Jumaat atau Eid. Ada juga ulama' yang mengatakan hanya boleh mengangkat tangan semasa solat istisqa' sahaja. Umumnya, ulama' bersetuju bahawa mengangkat tangan didalam do'a itu merupakan satu cara bagi do'a kita dijawab oleh Allah swt. Mengenai isu membalikkan tangan semasa berdo'a, ada dikalangan mereka yang membenarkan semasa berdo'a menjauhkan bala, dan terdapat juga dikalangan mereka yang lebih menyukai tidak membalikkan tangan semasa berdo'a.
Wallahu'alam.
Wednesday, 16 June 2010
Perbahasan Puasa Di Bulan Rejab
Imam Nawawi (rahimahullah) menyebut:
“Tiada larangan dan tiada juga galakkan berhubung dengan bulan Rejab itu sendiri, walaubagaimanpun:• berasaskan bahawa pada prinsipnya berpuasa itu sendiri merupakan suatu amalan yang dipuji, dan di dalam Sunan Abu Dawud, Rasulullah telah menggalakkan berpuasa di bulan-bulan Haram, dimana bulan Rejab adalah salah satu dari bulan-bulan Haram.
Uthman ibn Hakim al-Ansari berkata:
"Aku bertanya Said ibn Jubair berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab, dan kami sedang berada di bulan Rejab, dan beliau berkara: “Akumendengar Ibn ‘Abbas berkata: “Rasulullah pernah berpuasa berterusan sehingga kami menyangka bahawa beliau tidak akan berbuka samasekali, dan beliau juga [ada ketikanya] tidak berpuasa berterusan sehingga kami menyangka bahawa beliau tidak berpuasa samasekali.”[Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Dawud dalam Kitab al-sawm, Dalam membahaskan berpuasa di bulan selain dari bulan Ramadhan, dan berpuasa di bulan Rejab].
Imam Nawawi seterusnya berkata bahawa:"Berdasarkan hadith Said ibn Jubair dari Ibn `Abbas itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa berpuasa di bulan Rejab itu sendiri tidaklah dilarang dan tidaklah juga digalakkan secara khususnya, namun, ianya tertakluk kepada kaedah sepertimana berpuasa di bulan-bulan lain. Tiada dalil khusus yang mensabitkan secara nyata bahawa berpuasa di bulan Rejab itu dilarang mahupun digalakkan, namun berdasarkan prinsip bahawa berpuasa itu sendiri merupakan amalan perbuatan yang digalakkan dan di dalam Sunan Abu Dawud (*) menyebut bahawa Rasulullah telah menjadikan berpuasa di bulan-bulan Haram adalah amalan terpuji, maka bulan Rejab yang merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram, berpuasa di bulannya turut digalakkan. Wallahu alam.”[Imam Nawawi, Sharh Sahih Muslim Kitab 13 Bab 34 #179]
Di dalam Sunan Abu Dawud pada Kitab al-Siyam, pada Bab “Berpuasa di bulan-bulan Haram”, juga di dalam Ibn Majah dan Ahmad, di mana hadith seorang lelaki yang mengulangi kata-katanya kepada Rasulullah : "Aku boleh menanggung lebih dari itu," dan Rasulullah akhirnya bersabda:"Berpuasalah di bulan-bulan Haram."Ianya juga sabit bahawa Ibn `Umar berpuasa di bulan-bulan Haram. [lihat Musannaf `Abd al-Razzaq 4:293, Musannaf Ibn Abi Shayba 1:125][2] Abdullah, seorang hamba yang dibebaskan oleh Asma’, anak perempuan kepada Saidina Abu Bakar al-Siddiq, merupakan bapa saudara kepada anak ‘Ata melaporkan bahawa "Asma' telah mengutusku kepada Abdullah ibn `Umar dan berkata: "Telah sampai kepadaku bahawa kau mengharamkan tiga perkara: jubah berjalur, kain pelana diperbuat dari sutera merah dan berpuasa penuh di bulan Rejab.” Abdullah menjawab: "Adapun berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab, bagaimana pula kiranya seseorang itu berpuasa sepanjang waktu? Adapun berhubung dengan pakaian berjalur, aku mendengar `Umar ibn al-Khattab berkara bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang memakai pakaian diperbuat dari sutera, tiada baginya saham buatnya di Hari Akhirat kelak." Dan aku khuatir jalur juga termasuk sebahagian darinya.Adapun berhubung dengan kain pelana merah, nah! ini adalah kain pelana Abdullah dan ianya adalah merah. Aku kembali kepada Asma’ dan memaklumkan kepada beliau, lalu beliau berkata: "Nah! Ini adalah jubah Rasulullah ," dan beliau keluarkan dan tunjukkan kepadaku jubah yang diperbuat dari kain Parsi dengan dihiasi dari jalur-jalur sutera, dengan bahagian hujung tangan jubah itu juga dihiasi sutera dan berkata: "Ini adalah jubah Rasululah bersama `A'ishah sehingga beliau (Aishah) meninggal dunia, kemudiannya aku memilikinya. Rasulullah pernah memakainya dan kami membasuhnya kepada orang sakit supaya mereka dapat disembuhkan dengan sebabnya."[Diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitab al-Libas]
Imam Nawawi seterusnya berkata: "`Jawapan Ibn Umar di atas berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab itu adalah merupakan penafian beliau terhadap apa yang didengari oleh Asma’ kononnya beliau mengharamkannya, dan penegasan beliau bahawa beliau berpuasa penuh di bulan Rejab dan juga berpuasa sepanjang waktu, kecuali pada Hari Raya dan Tashriq. Ini adalah amalan beliau dan bapanya, Saidina`Umar ibn al-Khattab, `A'isyah, Abu Talhah, dan lain-lain di kalangan Salaf, begitu juga Imam Shafi`e dan lain-lain. Pendirian mereka ialah puasa secara berterusan itu bukan sesuatu yang makruh.[Pandangan lain Ibn ‘Umar melalui hadith diriwayatkan Ahmad di dalam kitabnya "al-Mughni" 3:167, di mana beliau tidak menggalakkan berpuasa sepenuhnya di bulan Rejab, tetapi berkata: “Berpuasalah sebahagiannya, dan berbukalah sebahagiannya.”]* * * * *
Imam Nawawi seterusnya menambah: "Hadith ini adalah dalil bahawa digalakkan mengambil berkat dari barang peninggalan dan pakaian para solehin. (wa fi hadha al-hadith dalil `ala istihbab al-tabarruk bi āthār al-salihīn wa thiyābihim)."[Sharh sahih Muslim Kitab 37 Bab 2 #10][3] Bayhaqi meriwayatkan dalam Shu`ab al-iman (#3802)
Abu Abdallah al-Hafiz dan Abu Muhammad ibn Abi Hamid al-Muqri telah berkata: dari Abu al-`Abbas al-Asamm, dari Ibrahim ibn Sulayman al-Barlisi, dari Abdallah ibn Yusuf, dari`Amer ibn Shibl, yang berkata: "Aku mendengar Abu Qilabah berkata:"Di sana ada suatu tempat di Syurga untuk mereka yang berpuasa di bulan Rejab.”Imam Bayhaqi seterusnya menambah: "Walaupun ianya mawquf setakat Abu Qilabah (tidak sampai kepada Rasulullah), yang merupakan salah seorang Tabi’in, dia sesungguhnyya tidak mengucapkan sedemikian itu melainkan pernah mendengarnya dari orang yang pernah mendengar orang yang diturunkan kepadanya wahyu (iaitu Rasulullah ), dan kejayaan itu adalah dari Allah jua."
Kesimpulannya Berpuasa Di Bulan Rejab adalah amalan Rasullah SAW ,para sahabat ,tabiin dan salafussoleh.walaubagaimanapun ianya bukanlah perkara wajib apatah lagi untuk diperbalahkan.
Tuesday, 15 June 2010
Golongan Yang Tertipu
Imam al-Ghazali mengatakan ada manusia yang tertipu oleh keadaan, ilmu, dan amal yang dilakukannya. Mereka yang tertipu bukan hanya orang abid (banyak ibadah), tetapi termasuk orang yang alim (berilmu).
Pertama, orang yang mempelajari ilmu agama dan ilmu lain, tetapi ia tidak mengamalkan ilmunya. Ilmu tidak mendekatkan dirinya kepada Allah, menjauhkannya dari yang haram, dan membentuknya berakhlak mulia. Ilmu yang dimiliki orang tersebut tidak berharga kerana tidak membuahkan amalan yang baik. Pemilik ilmu ini termasuk orang pertama dan paling berat mendapat azab Allah di akhirat. Nabi bersabda,
‘’Orang yang paling berat mendapat azab Allah adalah orang yang alim (berilmu), tetapi Allah tidak memberikan manfaat kepadanya melalui ilmunya. Ia salah seorang dari tiga golongan orang yang dikabarkan Nabi yang pertama merasakan azab api neraka.'’ (Al-Hadis).
Kedua, orang yang banyak beribadah dan berupaya memberatkan diri melakukan amalan lahir, seperti memperbanyak solat sunat dan puasa sunat. Namun, ia mengabaikan penelitian terhadap hati dan menyucikan hatinya dari berbagai penyakit batiniah, seperti iri, dengki, riya, dan sombong. Penyakit batiniah bukan hanya membuat amalnya tidak bernilai, tetapi juga merosak dirinya. Sesungguhnya Islam ingin mewujudkan keseimbangan antara amalan lahir dan batin, ibadah yang banyak dan berkualiti serta kesucian hati. Nabi bersabda,
‘’Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk rupamu dan harta yang kamu miliki, tetapi Ia melihat kepada hati dan amalmu.'’ (Al-Hadis).
Ketiga, orang yang beribadah kepada Allah dengan penuh kehati-hatian, tetapi sikapnya tersebut sampai pada batas menyulitkan dirinya. Sikap hati-hati memang dianjurkan Islam, tetapi tidak boleh sampai menyulitkan. Sebab, Allah menginginkan kemudahan kepada umatnya dalam pelaksanaan Islam, seperti firman-Nya,
‘’Allah menginginkan kemudahan kepadamu, dan Ia tidak menginginkan kesulitan terhadapmu.'’ (QS 2: 185).
Kehati-hatian yang berlebihan tampak pada orang yang dihinggapi rasa waswas oleh godaan syaitan ketika berwudhu. Orang itu berkumur-kumur berulang kali dan menggosok dengan keras ketika air wudhu mengenai kulitnya. Orang yang berwudhu seperti ini tertipu oleh amalnya kerana Islam tidak menuntut seperti itu. Yang penting basuhan air wudhu cukup apabila telah membasahi anggota wudhu
Alangkah baik kehati-hatian yang berlebihan ketika berwudhu dipakai dalam mencari rezeki halal. Dalam Islam mencari rezeki halal mempunyai kedudukan yang penting. Mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupan turut menentukan keberkahan hidup Muslim. Dan, pengabulan doa hamba oleh Allah terkait erat dengan kebersihan rezeki yang dicarinya. Nabi bersabda,
‘’Seorang laki-laki yang telah jauh perjalanannya, berambut kusut, penuh dengan debu, dia menadahkan kedua tangannya ke langit dan berkata, ‘Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku,’ sedangkan makanan, minuman, dan pakaiannya haram, serta dikenyangkan dengan barang haram, maka bagaimana akan dikabulkan permintaannya (doanya).'’ (HR Muslim).
Semoga dengan ini kita dapat lebih berhati-hati dalam beramal soleh, antara ilmu dan amal haruslah seimbang. Jika kita ingin mengerjakan amal soleh tetapi belum tahu ilmunya lebih baik menanyakan kepada yg lebih tahu (Ahlinya).
Pertama, orang yang mempelajari ilmu agama dan ilmu lain, tetapi ia tidak mengamalkan ilmunya. Ilmu tidak mendekatkan dirinya kepada Allah, menjauhkannya dari yang haram, dan membentuknya berakhlak mulia. Ilmu yang dimiliki orang tersebut tidak berharga kerana tidak membuahkan amalan yang baik. Pemilik ilmu ini termasuk orang pertama dan paling berat mendapat azab Allah di akhirat. Nabi bersabda,
‘’Orang yang paling berat mendapat azab Allah adalah orang yang alim (berilmu), tetapi Allah tidak memberikan manfaat kepadanya melalui ilmunya. Ia salah seorang dari tiga golongan orang yang dikabarkan Nabi yang pertama merasakan azab api neraka.'’ (Al-Hadis).
Kedua, orang yang banyak beribadah dan berupaya memberatkan diri melakukan amalan lahir, seperti memperbanyak solat sunat dan puasa sunat. Namun, ia mengabaikan penelitian terhadap hati dan menyucikan hatinya dari berbagai penyakit batiniah, seperti iri, dengki, riya, dan sombong. Penyakit batiniah bukan hanya membuat amalnya tidak bernilai, tetapi juga merosak dirinya. Sesungguhnya Islam ingin mewujudkan keseimbangan antara amalan lahir dan batin, ibadah yang banyak dan berkualiti serta kesucian hati. Nabi bersabda,
‘’Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk rupamu dan harta yang kamu miliki, tetapi Ia melihat kepada hati dan amalmu.'’ (Al-Hadis).
Ketiga, orang yang beribadah kepada Allah dengan penuh kehati-hatian, tetapi sikapnya tersebut sampai pada batas menyulitkan dirinya. Sikap hati-hati memang dianjurkan Islam, tetapi tidak boleh sampai menyulitkan. Sebab, Allah menginginkan kemudahan kepada umatnya dalam pelaksanaan Islam, seperti firman-Nya,
‘’Allah menginginkan kemudahan kepadamu, dan Ia tidak menginginkan kesulitan terhadapmu.'’ (QS 2: 185).
Kehati-hatian yang berlebihan tampak pada orang yang dihinggapi rasa waswas oleh godaan syaitan ketika berwudhu. Orang itu berkumur-kumur berulang kali dan menggosok dengan keras ketika air wudhu mengenai kulitnya. Orang yang berwudhu seperti ini tertipu oleh amalnya kerana Islam tidak menuntut seperti itu. Yang penting basuhan air wudhu cukup apabila telah membasahi anggota wudhu
Alangkah baik kehati-hatian yang berlebihan ketika berwudhu dipakai dalam mencari rezeki halal. Dalam Islam mencari rezeki halal mempunyai kedudukan yang penting. Mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupan turut menentukan keberkahan hidup Muslim. Dan, pengabulan doa hamba oleh Allah terkait erat dengan kebersihan rezeki yang dicarinya. Nabi bersabda,
‘’Seorang laki-laki yang telah jauh perjalanannya, berambut kusut, penuh dengan debu, dia menadahkan kedua tangannya ke langit dan berkata, ‘Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku,’ sedangkan makanan, minuman, dan pakaiannya haram, serta dikenyangkan dengan barang haram, maka bagaimana akan dikabulkan permintaannya (doanya).'’ (HR Muslim).
Semoga dengan ini kita dapat lebih berhati-hati dalam beramal soleh, antara ilmu dan amal haruslah seimbang. Jika kita ingin mengerjakan amal soleh tetapi belum tahu ilmunya lebih baik menanyakan kepada yg lebih tahu (Ahlinya).
Friday, 4 June 2010
SOLAT BERJEMAAH
Dan apabila engkau berada di tengah tengahmereka (sahabatmu), lalu engkau hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (solat) bersamamu.(An-Nisaa 102)
Ayat itu menerangkan cara mengerjakan solat berjemaah di dalam keadaan perang. Jikalau di dalam keadaan perang atau darurat pun masih dijuga disuruh berjemaah, bererti dalam keadaan aman lebih digalakkan lagi.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawaNabi s.a.w. bersabda;Solat seseorang yang dikerjakannya secara berjemaah, dua puluh lima kali lebih baik daripada solat yang dikerjakannya di rumahnya atau pasarnya.Dan hadis dari Umar (hadis marfu')
Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.Ijmak ulama sejak zaman dahulu sampai sekarang bahawa berjemaah memang digalakkan.Solat berjemaah termasuk di antara yang dikhususkan untuk umat Islam. Ia disyariatkan kerana padanya terkandung tanda kepatuhan, sabar, keberanian, susunan yang rapi atau kemas serta untuk menyatukan hati seluruh jemaah. Rasulullah s.a.w. sentiasa mengerjakan solat secara berjemaah, begitu juga para sahabat serta ulama-ulama sesudahnya.
Rasulullah s.a.w. memberi peringatan supaya jangan meninggalkannya tanpa uzur. Di antara hadis yang memberi peringatan ialah. Sesiapa yang mendengar panggilan azan tidak ada sesuatu uzur baginya untuk menyertai solat berjemaah itu maka tidakk diterima solat yang ia kerjakan sendirian itu.Ketika ditanya apa yang uzur dimaksudnya itu, Rasulullah s.a.w. menjawab; Penyakit atau keadaan yang menakutkan.Dari Abu Hurairah r.a. katanya ada seorang lelaki buta mendatangi Rasulullah s.a.w. dan berkata; Bahawa tidak ada orang yang menuntunnyake masjid sambil menanya apakah dia dikecualikan daripada mengikuti solat berjemaah di masjid. Ternyata Rasulullah s.a.w. memberi keringanan keatasnya. Tetapi tatkala lelaki itu sudah berpaling, Rasulullah s.a.w. memanggilnya lagi sambil bertanya; Apakah ke rumahmu kedengaran azan? Lelaki itu menjawab 'ya'. Rasulullah berkata lagi; Kalau begitu penuhi panggilan itu.Riwayat dari Abu Hurairah r.a. juga, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat lsyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu kebaikan yang ada padanya, mereka akan menghadirinya sekalipun dengan cara merangkak.Dan sesungguhnya aku bermaksud memerintahkan solat lalu ia pun didirikan.Kemudian aku menyuruh seseorang lalu ia solat bersama manusia. Setelah itu dia ikut denganku bersama orang-orang yang membawa kayu untuk menjumpai kaum yang tidak ikut mengerjakan solat, lalu kami bakar rumah mereka.Sebenarnya banyak lagi hadis yang berbentuk amaran selain ini. Hadis ini merupakan ancaman terhadap orang yang meninggalkan solat berjemaah. Sebab itu ada ulama yang berpendapat wajibnya solat berjemaah. Ada yang mengatakan fardu ain, ada yang mengatakan fardu kifayah dan ada yang mengatakan syarat sah solat, ertinya tidak sah solat tanpa beIjemaah. Saya lebih condong kepada pendapat jumhuryang mengatakan solat ber jemaah hukumnya sunat, kerana masih mungkin menyatukan hadis-hadis yang bertentangan itu. Sedangkan menurut kaedah usul fiqh pun kalau masih memungkinkan menyatukan nas-nas yang bertentangan antara satu sama lain, hendaklah disatukan .
Dari zahir hadis yang seolah-olah Rasulullah s.a.w akan membakar orang-orang yang tidak menghadiri solat berjemaah, nampaknya solat berjemaah itu hukumnya wajib. Tetapi mungkin saja Rasulullah s.a.w memberi peringatan itu kepada orang-orang munafik yang tidak datang ke masjid (berjemaah), bahkan tidak mengerjakan solat secara bersendirian di rumahnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)