Monday 9 May 2011

Merungkai Persoalan Mengenai Masjid Dan Surau

Para ulama’ telah Mentakrifkan Masjid dan Surau seperti berikut :



MASJID :Asal dari perkataan Sujud ialah satu tempat solat tertentu yang bukan menjadi milik orang-perseorangan, ataupun milik sesebuah organisasi, yakni ianya merupakan satu tempat yang sudah pun diwaqafkan untuk dijadikan tempat solat awam.




SURAU: Ianya hanya terdapat Di Malaysia dan tiada di dalam istilah Bahasa Arab .Fungsi sama seperti masjid dimana ianya diwaqafkan untuk kegunaan masyarakat awam, tetapi perbezaannya dengan masjid ialah tidak didirikan Solat Jumaat .Oleh itu, ianya perlulah difahami menurut ‘uruf ( kebiasaan ) masyarakat kita. Apatalah lagi ‘uruf ini juga merupakan salah-satu daripada sumber-sumber perundangan Islam.Merujuk kepada ‘uruf yang berlaku di kalangan masyarakat kita , maka sebahagian besar Ulamak telah menyatakan SURAU Bukanlah Masjid.




Namun begitu, terdapat khilaf dikalangan ulama’ dengan hujah : Surau dan masjid itu kedua-duanya adalah tempat umum yang diwakafkan untuk didirikan solat berjemaah .
Sebahagian Ulamak menyatakan status masjid dan surau bergantung pada niat asal untuk didirikan bangunan itu,Sekiranya penderma mewaqafkan untuk dijadikan masjid maka jadilah masjid dan terikat dengan hukum-hukum yang berkaitan dengan sebuah masjid. Jika diniatkan sebagai surau, maka jadilah ia surau dan ia tidak terikat dengan hukum sebuah masjid. Atas asas ini, apabila sesuatu binaan itu diniatkan sebagai masjid, maka kekallah statusnya sebagai masjid walaupun tidak didirikan jumaat.Untuk makluman di negara-negara Arab, terdapat masjid-masjid yang tidak didirikan solat jumaat.




Persoalan Mengerjakan Solat Tahiyatul Masjid ketika memasuki Surau ?
Pada hemat saya. Cara yang paling bijak apabila kita masuk ke surau sebaiknya kita berwuduk terlebih dahulu kemudian dirikan solat wuduk
kerana sumber solat sunat wuduk jelas dan kita yakin dengan keikhlasan hati mudahan Allah akan tetap memberi ganjaran setimpal.Begitu juga dengan amalan lain apa guna membesarkan isu khilaf yang sepatutnya kita jadikan sebagai rukysah(kemudahan) dalam mendekatkan diri kepada Allah.
Dalam hadis riwayat al-Bukhari 4/428 [no 1149]dan Muslim 16/141 [no 6478] :
Maksudnya : “Rasulullah s.a.w bersabda kepada Bilal ketika solat Subuh : Wahai Bilal, ceritakan kepadaku dengan amalan paling baik engkau lakukan disisimu dalam Islam, Sesungguhnya aku mendengar bunyi hentakan seliparmu di hadapanku dalam Syurga. Jawab Bilal : Aku tidak melakukan sebarang amalan yang paling aku harapkan disisiku, aku tidak bersuci (berwuduk) pada satu-satu masa waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wuduk tersebut, dengan apa yang tidak diwajibkan bagiku untuk solat”
Imam Nawawi menjelaskan :
“Solat yang paling afdal selepas sunat rawatib dan tarawih ialah solat dhuha, kemudian apa yang berkaitan dengan sesuatu perbuatan seperti dua rakaat tawaf jika kita tidak berpendapat mewajibkannya, dua rakaat ihram, tahiyyat masjid dan kemudian sunat wuduk” [al-Majmuk jil.4, hlm. 26]


Kesimpulannya mendalami ilmu adalah wajib keatas setiap individu muslim .Dimana ilmu akan menyelamatkan dari kejahilan dan menerangi hati dari zulmat(gelap) bila ia diamalkan .Manakala Kebijaksanaan berfikir akan menyelamatkan diri terjebak dari ketaksuban kepada sesuatu pendapat seterusnya membina kekuatan ummah.

3 comments: